Harapan…..
Bagi sesetengah orang, harapan tidak begitu penting kerana mereka mungkin telah memiliki segala yang diimpikan. Tapi, bagi sesetengah yang lain harapan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang dikurniakan Allah Taala kepada manusia. Aku adalah salah seorang daripada manusia tersebut. Harapan membantuku untuk terus bangun dari kegagalan dan terus berusaha untuk menempuhi segala rintangan yang dihadapi. Tanpa harapan. aku mungkin akan terus menjadi manusia yang kecewa dan akhirnya terus gagal buat selama-lamanya. Aku pernah menjadi seorang yang kecewa kerana kegagalan yang aku cipta sendiri. Akulah yang mencipta kegagalanku sendiri. Akhirnya…seperti apa yang aku biasa sebut “seseorang itu perlu bertanggungjawab di atas apa yang telah dilakukannya’. Akulah si manusia itu yang kini memikul tanggungjawab di atas kesilapan yang telah aku lakukan sendiri.
Harapan…
Seperti satu keajaiban yang telah diberikan kepadaku….ya peluang untuk menyambung pelajaran bagi peringkat diploma di UiTM Lendu. Peluang yang telah member seribu satu sinar baru dalam hidupku. Allah telah member peluang yang kedua kepadaku. Setelah aku mengecewakan keluargaku dan diriku sendiri. Sebaik kakiku melangkah ke perkarangan UiTM Lendu ianya ibarat satu titik permulaan bagiku ibarat digit sifar dalam pembaris…begitulah juga diriku. Lantas aku memilih jalan untuk bermula dari bawah walaupun pada mulanya amat perit. Perasaan yang tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata pabila melihat rakan sebayaku yang lain menjalani konvokesyen. Memandu kereta import dan yang paling pedih apabila mereka ditauliahkan sebagai seorang doktor perubatan. Pada peringkat permulaan, aku terasa ingin mengasingkan diriku daripada mereka. Tipulah jikalau aku katakan bahawa aku tidak segan atau malu akan diriku sendiri…aku juga seorang manusia yang mempunyai perasaan. Aku mengasingkan diriku daripada mereka buat seketika……tapi ianya berubah apabila ada segelintir daripada mereka menasihati diriku dan menyatakan apa yang terjadi mungkin ada hikmahnya. Mungkin aku lebih sesuai dengan bidang yang belajar sekarang ini…sains social..politik. Lama kelamaan…baru aku mengerti kata-kata mereka…memang betul, Allah telah menemukan satu bidang yang amat cocok buat diriku. Aku lantas jatuh cinta dengan bidang ini. Sains pentadbiran dan pengajian polisilah adalah harapan yang memberiku peluang untuk bangkit dan berusaha. Dan kini aku hidup dengan satu harapan dan itulah yang membuatku sentiasa bersemangat dan maju kehadapan….untuk menggengam sekeping ijazah sarjana muda sains pentadbiran dan pengajian polisi.
No comments:
Post a Comment