Sunday, January 23, 2011


Berkhidmat Untuk Negara…..Patriotik…

Saya memilih untuk menulis pandangan mengenai isu patriotisme di kalangan belia Malaysia dalam Bahasa Malaysia.Aku akui dan malu akan kekurangan diri dalam aspek penulisan dalam bahasa ibunda,tetapi itu tidak bermakna saya tidak mencintai jatidiri sebagai warganegara Malaysia. (jika ada kesalahan tatabahasa..haraplah dimaafkan)

Berkhidmat Untuk Negara..satu ungkapan yang sering kita dengar dan lihat dalam dokumen – dokumen rasmi kerajaan dan kata – kata yang dlontarkan oleh penjawat awam. Bunyinya sangat serius dan adakalanya ianya digunakan sebagai satu ukuran terhadap kesetiaan seseorang itu terhadap negara.Sering kali saya terfikir apakah yang akan aku lakukan terhadap negara ini……..sebagai seorang belia dan seorang pelajar jurusan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi yang bakal menamatkan zaman pelajarnya tidak lama lagi (InsyaAllah). Sebagai seorang yang boleh dianggap sebagai ‘hardcore lappy user’…aku seringkali membaca dan malayari blog-blog tulisan gologan muda. Dan saya dapati mereka seringkali mengkritik dan mencaci negara yang aku cintai. Pada pandangan aku….boleh kalau nak meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pemerintah tetapi janganlah kenyataan yang ditulis menjurus kepada satu sikap yang menunjukkan anti-negara kelahiran sendiri. Kerajaan dan negara adalah dua aspek yang berlainan..walaupun terdapat pergantungan di antara satu sama lain.

Mungkin takdir telah menentukan kita tidak menjadi sebahagian daripada barisan perajurit Malaysia…tapi itu tidak bermakna kita tidak dapat menabur khidmat untuk negara dan patriotic terhadap Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia…seringkali kita mempersoalkan apakah yang patut dilakukan atau diberi negara terhadap kita..tapi pernahkah kita terfikir apakah sumbangan kita terhadap negara. Banyak yang boleh dilakukan oleh kita terhadap negara…contohnya sebagai seorang yang masih lagi bergelar pelajar dan mengambil pinjaman PTPTN…saya berharap dapat menggenggam ijazah mengikut jadual, tidak melibatkan diri dalam perkara maksiat lagi menjahanamkan hidup. Bekhidmat untuk negara wujud dalam pelbagai bentuk…guru berkhidmat untuk negara, doktor berkhidmat untuk negara, atlet berkhidmat untuk negara, peruncit berkhidmat untuk negara, kontraktor juga boleh berkhidmat untuk negara…..anda hanya perlu memilih bagaimana untuk berkhidmat untuk negara,

Kepada penulis- penulis blog dan pengguna Facebook….anda boleh berpolitik mengikut acuan masing – masing tetapi sematkan di dalam hati Malaysia adalah tanah airku dan tidak ada yang dapat menggantikannya walaupun segunung berlian..oleh itu, janganlah kenyataan yang di buat menjadikan anda keihatan seperti seorang pengkhianat terhadap negara anda sendiri. Wassalam…..